Jumaat, 18/07/2014, Baru ada kesempatan untuk balik menziarah mak mertua di kampung. Maaf mok, bukan tak nak balik, cuma kekangan masa tidak mengizinkan tambahan pula en.hubby sentiasa sibuk dengan urusan-urusan dia.
Bertolak dari rumah dalam tengahari, selepas selesai mengemas dan dan setelkan sedikit kerja-kerja rumah yang bertimbun dan sampai di rumah mak mertua dalam jam 3.00 pm. Hubby drive rilek-rilek je, ikut jalan pantai sesambil tengok pantai penarik dan santai-santai.
Rumah mok ada sedikit pokok buah-buahan yang sedang masak antaranya rambutan, durian, cempedak, setar, manggis dan lain-lain. Bukan banyak sangat, tapi sekadar cukup untuk makan anak cucu yang balik menziarah orang tua. nasib tidak beberapa menyebelahi kami, kerana antara buah-buahan tersebut, hanya buah rambutan sahaja yang sedang ranum dan yang lain masih belum boleh dipetik. Hasil kerjasama adik ipar dan en.hubby yang potong dahan rambutan, dapatlah dalam dua baldi besar buah berbulu ini.
![]() |
| Rambutan |
Selepas berbuka, ada program lain yang menunggu en.hubby. Menyiapkan konkrit lantai rumah mak yang telah lama tertangguh. Nasib baik ada bantuan dari adik ipar dan kawan-kawan yang membantu membancuh simen dan menyiapkan projek konkrit lantai rumah. Aku, bertugas sebagai pemerhati bebas (maklumlah memang tak tahu langsung hal-hal pertukangan ni..) dan pembancuh air untuk "pekerja2 pembinaan" tersebut. hehe..
![]() |
| Hasil akhir projek konkrit lantai |


Tiada ulasan:
Catat Ulasan